Abu Hassan Morad merupakan anak kelahiran felda Guar Napai, Jitra Kedah. beliau dahulu merupakan seorang guru dan sekarang ini merupakan penulis yang banyak menghasilkan karya novel dan juga skrip drama...
antara novel yang pernah diterbitkan sebagai drama adalah Cinta Madinah, Julia dan sebagainya...
Cinta Madinah-
merupakan novel yang telah memenangi pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000. Cinta Madinah sebuah novel yang mengisahkan kerana cinta, insan bertemu. Dan kerana cinta jugalah insan berpisah. Cinta memang selalu menemukan dan selalu juga memisahkan. Safuan berlepas ke Asia Barat membawa doa ibu tunggalnya menggunung harap yang tak pernah luntur. Kehilangan memang selalu membawa hikmah. Dan kerana kehilanganlah Safuan mengenal cinta. Cinta terlarang.
Di tanah Arab yang gersang, pohon padi dan ulam-ulaman, bungaan melur dan kenanga meliang-liuk subur; dengan syair, sajak, pantun kumandang, menggetarkan jiwa seni.
Demikianlah prinsip Syeikh Hashim yang telah membina empayar kehormatan dan kekayaan di tanah asing. Cintanya bertugu di Madinah, tetapi jati diri tidak pernah runtuh oleh perkasa tugu cintanya. Cinta Madinah, cinta dendam memanjang.
mengisahkan Julia yang dihantar ke Perth,Australia oleh kedua-dua ibu bapanya untuk belajar tentang pengajian Islam di Hidayah Islamic College, dengan hasrat menyelamatkan Julia daripada terus hanyut dipengaruhi rakan-rakan yang tiada haluan hidup di Kuala Lumpur.
Sejak belajar di situ, iman Julia semakin hari semakin teguh dan banyak mempunyai kenalan. Julia juga berkenalan dengan seorang lelaki Cina, Jun. Dua tahun kemudian, pada suatu hari,Julia menerima khabar tentang kemalangan jalan raya yang menimpa kedua-dua ibu bapanya lalu terus pulang ke Kuala Lumpur. Kematian ibu bapanya menyebabkan Julia terpaksa mengambil alih perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd dan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga memandangkan Julia merupakan anak sulung dalam keluarga.
Syarikat BMPRO Holding banyak menghadapi masalah kerana keadaan jerebu yang melanda negara. Walaupun masih mentah dalam bidang korporat, Julia tetap menguatkan hati dan gigih berusaha untuk memulihkan perniagaan BMPRO Holding selepas kematian bapanya. Pada masa itulah, Jun sentiasa berada di sisi Julia dan sentiasa menggalak dan mengambil berat terhadap diri Julia.
Ketika ingin memulihkan syarikat, bapa saudaranya, Syed Mustaffa ingin merampas Butik BMPRO Sdn Bhd. Julia juga menghadapi kemerosotan perniagaan BMPRO Transport dan perletakan jawatan oleh pengurus besar BMPRO Holding, Encik Hashim yang memberi tamparan besar kepada Julia.
Dengan usaha yang gigih, Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd akhirnya dipulihkan Julia dengan kerjasama syarikat milik keluarga Jun, Syarikat Cinta Sejati Travel and Tours untuk melancarkan projek Homestay di Felda Guar Napai. Ketika Julia dan keluarga menziarahi pusara ibu bapanya, muncullah Jun yang lengkap berpakaian baju Melayu . Jun melamar Julia dan memberitahu Julia bahawa dia sebenarnya seorang Muslim. Akhirnya, mereka telah berkahwin sempena pelancaran Homestay.
No comments:
Post a Comment