Saturday, January 30, 2016

UCAPAN PERKARA YANG BAIK SAHAJA ATAU LEBIH BAIK BERDIAM DIRI

Al-Ghazali pernah menyatakan 20 jenis penyakit lidah.
Antaranya adalah:
1. berdusta
2. mengumpat
3. memfitnah
4. melakukan penyaksian dan sumpah palsu
5. menyebut keaiban orang
6. berbincang perkara yang tidak penting
7. memperlekehkan orang lain
8. menghina

lidah ini dilihat sebagai senjata dan berisiko apabila kesilapan menyebut menjadi dusta. Secara tidak langsung menjadi satu perkara menzalimi diri sendiri kerana menikmati daging manusia melalui umpatan terhadap seseorang. lebih baik sekiranya sikap berdiam diri yang lebih selamat untuk diri sendiri mengelakkan terjebak dengan penyakit lidah. Allah mengetahui setiap perkara yang diucap atau melalui lintasan hati manusia. Sesiapa yang menyakini bahawa setiap amalan yang dilakukan dicatat dan dihitung maka pasti dia akan mengurangkan percakapan kecuali perkara yang benar dan semasa urusan penting sahaja. Oleh itu, ucapankanlah perkara yang baik sahaja. ucapkanlah perkara yang baik sahaja. sesungguhnya manfaat bakal didapati daripada ucapan kamu. Diamkan diri daripada mengatakan perkara buruk untuk menyelamatkan diri. ingat mengingati antara satu sama lain menjadi asas diri kini. semoga menjadi manusia bermanfaat.Wallahualam.


Monday, December 5, 2011

malim Ghozali Pk

hari ini kita akan melihat sedikit biodata mengenai tokoh penulis Perak

Biodata Malim Ghozali Pk

Malim Ghozali Pk atau nama sebenarnya adalah Haji Mohamed Ghazali bin Haji Abdul Rashid merupakan seorang pengarang karya-karya kreatif yang berasal dari Perak. Beliau lahir di Malim Nawar pada tahun 1949. Beliau mula mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Gunung Panjang sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. Selepas mendapat Sarjana Muda Sastera (Antropologi Sosial/Pengajian Melayu) (Kepujian Kelas II Atas), dari Universiti Malaya, beliau memasuki pula Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik selama 21 tahun.
Beliau telah bersara awal ketika berumur 45 tahun pada 1994 untuk memberi tumpuan pada penulisan dan penyelidikan. Beliau memiliki diploma ijazah lanjutan dalam pentadbiran pelabuhan dan perkapalan dari Universiti of Wales Institute of science and Technology (UWIST). Pada Pada 1989 mengikuti program Felo Penulisan Kreatif di Virginia Centre for Creative Artists, Amherst, Amerika Syarikat.
Beliau pernah memegang jawatan sebagai Penolong Pegawai Daerah, Slim River, Perak, Setiausaha Lembaga Kapal, Kementerian Pengangkutan. Selain itu, Pengarah Imigresen, Wilayah Selatan. Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Perak, Pengarah Latihan, Jabatan Tenaga Rakyat dan juga ketua Unit Antarabangsa Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Pada bulan Ogos hingga November 2007, beliau menghadiri program Felo di Program Penulisan Antarabangsa Iowa, Amerika Syarikat. Manakala pada bulan Julai hingga Ogos 2008 beliau dilantik sebagai Fasilitator Program (cerpen) untuk MASTERA (Jawatankuasa Sastera Asia Tenggara) di Arga Mulya, Bogor, Indonesia. Beliau sering terbabit dalam genre puisi, cerpen, novel dan karya bukan fiksyen.

Monday, March 21, 2011

sastera ketatanegaraan

2.0 TAJ AL-SALATIN ATAU TAJUS SALATIN

Taj al-Salatin atau yang membawa maksud ‘Mahkota Segala Raja-Raja’ telah dikarang pada T.M 1603 untuk memberi petunjuk bentuk-bentuk pemerintahan yang baik kepada bagi raja-raja. Pengarang bagi Taj al-Salatin ini bernama Bukhari al-Jauhari.[1] Terdapat beberapa pendapat yang berbeza mengenai pengarang ini iaitu beliau berasal Johor atau bukan berasal dari Johor iaitu Bokhara dari Parsi. Menurut Werndly dalam bukunya Boekzal iaitu daftar teks-teks Melayu sebelum 1736 menyebutkan Bokhari berasal dari Johor yang turut dipersetujui oleh Roorda van Eysinga dan de Hollander. Tetapi Ph. S. van Ronkel menyatakan pengarangnya bukan berasal dari Johor. Ejaan jawi ditafsirkan Ph. S. van Ronkel sebagai jauhari adalah saudagar permata. Pernyataan ini turut disokong oleh Winstedt (1969:137) yang menyatakan bahawa pengarang buku ini ialah seorang saudagar permata yang berasal dari Bokhara yang kemudiannya diterjemah di Aceh.

Seorang penyelidik tempatan iaitu Khalid Hussain merupakan pengantar terhadap buku Taj al Salatin telah mengatakan bahawa tulisan jawi Bukhari al-Jauhari boleh saja dirujuk sebagai Bukhari yang berasal dari Johor kerana sudah menjadi kebiasaan pada pengarang-pengarang melayu menulis nama negara mereka dihujung nama mereka seperti Syamsudin Pasai yang bermaksud Syamsudin dari Pasai, Sheikh Daud al-Fatani yang bererti Sheikh Daud dari Patani. Menurut Khalid Hussain (1992: vii) mengatakan bahawa pendapat-pendapat para sarjana Barat terkadang menyimpang jauh dari kebenaran, kita sebenarnya tidak dapat menafikan bahawa adanya unsur-unsur keperibadian Melayu terkandung dalam karya Tajus Salatin.

Selain itu, Taj al-Salatin bukan sahaja terdapat dalam tulisan tangan malah mempunyai cop Cap Batu di negeri Johor pada 1875.[2] Kitab ini dilihat sebagai satu hasil karya agung dan sempurna serta banyak mempengaruhi hasil karya Melayu yang lain contohnya Hikayat Bakhtiar, Hikayat Isma Yatim dan Salasilah Kutai. Pengarang karya ini menjadikan konsep keadilan sebagai titik fokus atau aspek terpenting dalam karyanya. Aspek-aspek lain seperti kejujuran, murah hati dan sebagainya menjadi aspek sokongan dalam kitab ini yang dapat membantu pemerintah menjalankan tanggungjawabnya dengan sempurna.

Taj al-salatin mengandungi 24 fasal yang menyentuh pelbagai hal tentang kehidupan manusia di dunia ini terutamanya moral. Fasal 1 adalah mengenai bagaimana manusia mengenal dirinya supaya dia mengetahui asal dia wujud. Manusia terjadi daripada 4 unsur ini iaitu tanah, air, api dan angin. Sifat yang terkandung dalam diri manusia bertentangan tetapi berkumpul dalam diri seorang manusia. Tuhan menjadikan manusia mempunyai lima pancaindera.

Fasal 2 pula menyatakan peri mengenal Tuhan. Fasal 3 menyatakan tentang cara manusia dan kehidupan di dunia. Manusia diumpamakan sebagai orang dalam perantauan dan dunia ini sebagai tempat persinggahan sementara, dalam menuju tempat abadi iaitu akhirat. Kepada manusia diperingkatkan lima tempat baginya. Pertama dia berada di dalam tulang sulbi (tulang pinggang) bapanya, kemudian beransur ke pangkuan ibunya lalu lahir ke dunia dan masuk ke dalam kubur. Tempat yang akhir sekali ialah Padang Mahsyar iaitu tempat berkumpulnya segala manusia sebelum dihisab dosa dan pahalanya.

Fasal 4 menyatakan peri kesudahan segala kehidupan di dunia. Dilukiskan bagaimana pahit-getirnya melepaskan nafas yang penghabisan sewaktu manusia berhadapan dengan maut. Manusia harus ingat bahawa mereka tidak akan terlepas daripada bahaya sakratulmaut. Tuhan telah memesankan Kullu nafsin dzaiqatul maut iaitu tiap-tiap orang pasti akan mati. Tidak ada kecualinya biarpun dia seorang raja atau pembesar, mulia-hina-akan melalui jalan yang sama. Fasal 5 menerangkan bagaimana kebesaran dan kemuliaan seorang raja, kekuasaan dan kedaulatan kerajaannya. Fasal 6 pula menerangkan cara menjalankan keadilan. Tuhan menyuruh manusia berbuat baik dan menjalankan keadilan yang merupakan pangkal kedamaian dan keselamatan dunia.

Manakala fasal 7 menyatakan pekerti raja-raja yang adil. Raja harus banyak bergaul dengan alim ulama yang soleh. Raja harus bersifat bijaksana dan harus selalu menjaga supaya rakyatnya tidak ditindas oleh pembesar yang zalim. Kerana kebijaksanaan itulah Harun al-Rasyid dan yang sedarjat dengannya menjadi raja kenamaan. Khalifah Umar b. Khattab tidak mempercayakan keadaan rakyatnya kepada pegawai sahaja tetapi dia sendiri keluar melihat kesengsaraan rakyatnya. Pada zaman dahulu raja-raja itu membahagikan waktu iaitu waktu untuk melakukan kewajipan agama, waktu kewajipan pemerintahan, waktu untuk makan dan tidur dan juga waktu untuk beristirahat.

Fasal 8 menyatakan tentang raja yang kafir tetapi adil. Antaranya adalah Raja Nusyirwan. Fasal 9 menyatakan raja-raja yang zalim. Fasal 10 menyatakan pekerjaan segala menteri atau penasihat raja. Fasal 11 menyatakan pekerjaan seorang penulis. Dalam zaman kemajuan pemerintahan Islam, jasa penulis sangat dihargai. Khalifah sangat memuliakan kaum penulis. Iskandar Zulkarnain pula menyatakan bahawa pena dan pedang itu sama tajamnya dan sama-sama menjadi perhiasan dunia.

Fasal 12 mengenai pekerjaan seorang utusan. Fasal 13 tentang sifat pegawai pemerintah. Fasal 14 menyatakan tentang cara mendidik anak. Fasal 15 menyatakan hemat yang besar. Fasal 16 menyatakan budi. Fasal 17 menyatakan syarat-syarat sebuah kerajaan. Fasal 18 menyatakan tentang qiafah dan firasat. Fasal 19 mengenai tanda qiafah dan firasat itu. Fasal 20 mengenai hubungan antara rakyat beragama islam dengan rajanya. Fasal 21 menyatakan tentang segala rakyat kafir dan raja dalam kerajaan itu. Fasal 22 mengenai kedermawanan dan kemurahan hati. Fasal 23 menyatakan wafa’ dan ‘ahd. Fasal 24 yang merupakan penutup adalah menyatakan kesudahan kitab ini. Pelbagai pendapat para sarjana mengenai kandungan fasal dalam karya ini. Roorda van Eysinga, Werndly, dan Valentijn amat memuji karya Tajus Salatin sehingga Roorda pernah mengatakan bahawa “Mahkota Segala Raja-Raja” ini (Tajus Salatin) dapat juga disebut “Mahkota Segala Naskhah Melayu”.[3]

3.0 BUSTAN AL-SALATIN ATAU BUSTANUS SALATIN

Bustan al- Salatin atau Taman Raja-Raja merupakan karya Syeikh Nuruddin al-Raniri. Nama penuh beliau adalah Syeikh Nuruddin al-Raniri Muhammad Jailani bin Ali bin Hasanji ibn Muhammad Hamid. Bustanus Salatin mengandungi tujuh bab yang terbahagi kepada beberapa fasal tertentu yang merangkumi pelbagai masalah yang amat luas. Antaranya membincangkan tentang penciptaan langit dan bumi, sejarah, agama, ilmu firasat dan sebagainya. Karya ini merupakan percubaan Sheikh Nuruddin al-Raniri untuk menyaingi Tajus Salatin. Namun sebenarnya kedua-dua kitab ini diangkat sebagai panduan walaupun mempunyai isi yang seolah-olah sama. Karya ini dapat menggambarkan Aceh dengan jelas pada abad ke-17. Selain itu, terdapat juga catatan mengenai hubungan Aceh dan Portugis di Melaka turut digambarkan.

Bab 1 mempunyai 10 fasal yang menceritakan tentang tujuh petala langit dan bumi, Nur Muhammad, Loh Mahfuz, Kalam Arasy dan lain-lain. Bab ini pernah dicetak di Makkah pada tahun 1311H iaitu ditepi kitab Tajul Muluk karangan Haji Ismail, Aceh. Bab 2 mempunyai 13 fasal pula menerangkan sejarah para nabi. Yang terpenting ialah dua fasal terakhir kerana menceritakan sejarah rantau alam Nusantara. Fasal 12 yang terkandung dalam bab 2 ini merupakan saduran daripada Sejarah Melayu iaitu mengenai sejarah Aceh yang mencapai puncak kegemilangannya pada zaman Iskandar Thani yang berasal dari Pahang itu. Fasal yang ke-13 pula mengenai sejarah raja-raja Aceh. Bab 3 terkandung 6 fasal menceritakan tentang raja yang adil dan menteri-menteri yang bijaksana.

Seterusnya, bab 4 pula terdiri daripada 2 fasal yang menerangkan tentang raja-raja yang bertapa dan para wali yang soleh. Bab 5 pula mempunyai 2 fasal yang menerangkan tentang raja-raja yang zalim dan pembesar negeri yang bodoh menipu raja. Bab 6 mengandungi 2 fasal mengenai segala orang yang murah dan mulia dan segala pahlawan yang gagah berani. Bab 7 yang mengandungi 5 fasal pula menyatakan tentang akal dan ilmu firasad, ilmu tabib dan juga sifat perempuan.



[1] Tulisan nama beliau iaitu Bukhari al-Jauhari ditulis dalam tulisan jawi. Jadi, terdapat beberapa anggapan mengenai nama beliau oleh orang yang mengkaji kerana karyanya dianggap satu saduran oleh orang barat.

[2] Cop ini merupakan penanda utama yang bahawa karya ini iaitu Taj al-Salatin sememangnya asal dari Johor dan pernah digunakan di Johor. Hal ini menguatkan fakta semema

[3] Harun Mat Piah.(2006). Kesusasteraan Melayu Tradisional Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Hlm. 553.

Saturday, March 19, 2011

cinta yang hadir


cinta yang hadir bukanlah sesuatu yang mudah
kehilangan cinta juga bukanlah sesuatu yang kita kehendaki
itulah ketentuan Illahi

moga orang yang mempunyai cinta dihati menghargai cinta yang mereka ada
cinta kurniaan Illahi... perasaan manusia...
namun janganlah sehingga terlalu menguasai diri sehingga
lupa akan segalanya....
impian untuk menjadi sempurna tidak mungkin tercapai
apabila satu kecacatan menyelubungi diri
janganlah dipandang pada kecacatan itu
moga hati yang tulus dapat melihat kesempurnaan yang Allah beri....
moga hati yang tulus juga tidak akan membezakan cinta yang ada....





ost dalam mihrab cinta

tak pernah terlintas dibenakku,
saat pertama kita bertemu,
sesuatu yang indah,
tumbuh dalam gundah,
harum dan merekah...

tulus hatimu,
buka mataku,
tegar jiwamu,
hapuskan raguku,
membuncah di hati,
harapan yang suci,
menyatukan janji..

bunga-bunga cinta indah bersemi
diantara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta dihati
berpadu indah dalam mihrab cinta




Monday, March 14, 2011

Konsep tamadun


Definisi :Tamadun merupakan satu konsep yang luas dan kompleks.Tamadun merujuk kepada pencapaian/kemajuan sesuatu masyarakat @ negara dalam bidang pengetahuan, pentadbiran, undang2, kepercayaan agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan, moral dan adat resam
• Ciri-ciri:
 Petempatan Kekal
 Pembandaran
 Organisasi Sosial
 Kepercayaan Dan Agama
 Sains Dan Teknologi
 Bahasa Dan Sistem Tulisan
2. Latar belakang tamadun-tamadun awal:
• Tamadun Mesopotamia
• Tamadun Mesir
• Tamadun Indus
• Tamadun China
3. Faktor – faktor yang mendorong kemunculan tamadun
• ¬ Proses evolusi
• Proses urbanisasi
• Kemajuan sains dan teknologi
• ¬ Sungai
• ¬ Faktor angin
• ¬ Faktor bahasa dan tulisan
• ¬ Penciptaan roda
• ¬ Kewujudan organisasi sosial
• ¬ Pengkhususan kerja
• Sistem agama dan kepercayaan
ISI: CIRI-CIRI TAMADUN ( 7 isi X 3 markah = 21 markah)
1. Urbanisasi
• Manusia hidup tetap di sesuatu tempat
• Mereka menetap di lembah2 sungai
• Sebab; tanahnya subur dan bekalan air yang mencukupi untuk menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perdagangan
• Petempatan kekal bermula di Mesir sejak tahun 7000 S.M.
• Berlakunya Revolusi Pertanian akhirnya membawa kepada kemunculan bandar2 Memphis , Dhilkah dan Thebes
2. Pengkhususan Kerja
• Setiap anggota masyarakat mempunyai tugas dan peranan mereka masing2 seperti petani, penternak, artisan dan askar.
• Pengkhususan kerja mempercepatkan lagi proses urbanisasi dan perkembangan tamadun.
• Contoh; tamadun China
3. Organisasi sosial
• Struktur dan organisasi masyarakat yang tersusun menggambarkan sesuatu masyarakat telah mencapai ketamadunan.
• Wujud golongan pemerintah dan golongan yang diperintah telah membantu pentadbiran berjalan lancar dan teratur.
• Biasanya raja menduduki kedudukan yang teratas.
• Diikuti golongan bangsawan yang memainkan peranan sebagai pentadbir.
• Seterusnya ahli agama dan golongan pendeta untuk melakukan upacara keagamaan
• Rakyat biasa yang menjalankan aktiviti ekonomi masing2
• Akhirnya golongan hamba yang menjalankan kerja2 yang berat.
• Kewujudan organisasi sosial membawa kepada pengenalan sistem perundangan untuk mendisiplinkan masyarakat dan melindungi nyawa dan harta benda
• Contoh ; kehidupan berstruktur seperti ini jelas dalam kehidupan masyarakat tamadun Mesopotamia semasa pemerintahan Raja Hammurabi
4. Bahasa dan Tulisan
• Tulisan pada petempatan awal dalam bentuk gambar, simbol, @ berbentuk pepaku
• Tulisan2 ini digunakan untuk merekodkan sesuatu perkara.
• Lambang2 bertulis merupakan alat yang melahirkan idea2 perundangan, pengetahuan serta memudahkan pengendalian pentadbiran, percukaian dan perakaunan.
• Contoh; tulisan hieroglif (Tamadun Mesir) digunakan untuk merekodkan upacara keagamaan dan harta kuil.
• Contoh; tulisan Cuniform (Tamadun Mesopotamia) digunakan untuk merekodkan tentang kegiatan perdagangan dan pentadbiran.
5. Agama dan Kepercayaan
• Terdapat amalan politeisme iaitu menyembah dewa-dewi.
• Dewa/i juga dipercayai mempengaruhi kehidupan mereka.
• Jika tidak disembah,dewa/i akan membawa malapetaka seperti banjir,dan kemarau.
• Contoh; Tamadun Indus, mereka menyembah dewi bermuka tiga
• Tamadun Mesopotamia terdapat penyembahan dewa/i yang banyak diadakan ketika upacara keagamaan di Ziggurat.
6. Kemajuan sains dan teknologi
• Perkembangan tahap pemikiran melambangkan kemajuan sains dan teknologi dalam masyarakat tamadun awal.
• Mereka sudah pandai mencipta roda, layar kapal, terusan, tembok dan benteng.
• Kesemua ini meninggalkan kesan dari segi pertanian, perdagangan dan pengangkutan.
• Kemajuan2 ini dapat dilihat dalam tamadun awal seperti Mesir dan Mesopotamia.
7. Estetika
• Hal ini dapat dilihat dari segi seni bina, seni ukir dan sastera.
• Contoh dalam tamadun Mesopotamia terdapat epik Gilgamesh yang menceritakan keperwiraan bangsanya.
• Iliyad dan Odysey yang dihasilkan Homer juga banyak menceritakan tentang kejayaan dan pengembaraan orang Yunani.
KESIMPULAN:
Kemajuan dalam tamadun-tamadun awal menyebabkan masyarakat seterusnya mencapai ketamadunan yang lebih tinggi dalam semua aspek kehidupan.

tokoh penulis abu hassan Morad

kajian mengenai hasil karya Abu Hassan Morad..

Abu Hassan Morad merupakan anak kelahiran felda Guar Napai, Jitra Kedah. beliau dahulu merupakan seorang guru dan sekarang ini merupakan penulis yang banyak menghasilkan karya novel dan juga skrip drama...
antara novel yang pernah diterbitkan sebagai drama adalah Cinta Madinah, Julia dan sebagainya...


Cinta Madinah-

merupakan novel yang telah memenangi pertandingan Novel Remaja Hadiah Sastera Kumpulan Utusan 2000. Cinta Madinah sebuah novel yang mengisahkan kerana cinta, insan bertemu. Dan kerana cinta jugalah insan berpisah. Cinta memang selalu menemukan dan selalu juga memisahkan. Safuan berlepas ke Asia Barat membawa doa ibu tunggalnya menggunung harap yang tak pernah luntur. Kehilangan memang selalu membawa hikmah. Dan kerana kehilanganlah Safuan mengenal cinta. Cinta terlarang.



Di tanah Arab yang gersang, pohon padi dan ulam-ulaman, bungaan melur dan kenanga meliang-liuk subur; dengan syair, sajak, pantun kumandang, menggetarkan jiwa seni.

Demikianlah prinsip Syeikh Hashim yang telah membina empayar kehormatan dan kekayaan di tanah asing. Cintanya bertugu di Madinah, tetapi jati diri tidak pernah runtuh oleh perkasa tugu cintanya. Cinta Madinah, cinta dendam memanjang.

Novel Julia-

mengisahkan Julia yang dihantar ke Perth,Australia oleh kedua-dua ibu bapanya untuk belajar tentang pengajian Islam di Hidayah Islamic College, dengan hasrat menyelamatkan Julia daripada terus hanyut dipengaruhi rakan-rakan yang tiada haluan hidup di Kuala Lumpur.

Sejak belajar di situ, iman Julia semakin hari semakin teguh dan banyak mempunyai kenalan. Julia juga berkenalan dengan seorang lelaki Cina, Jun. Dua tahun kemudian, pada suatu hari,Julia menerima khabar tentang kemalangan jalan raya yang menimpa kedua-dua ibu bapanya lalu terus pulang ke Kuala Lumpur. Kematian ibu bapanya menyebabkan Julia terpaksa mengambil alih perniagaan bapanya iaitu Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd dan memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga memandangkan Julia merupakan anak sulung dalam keluarga.

Syarikat BMPRO Holding banyak menghadapi masalah kerana keadaan jerebu yang melanda negara. Walaupun masih mentah dalam bidang korporat, Julia tetap menguatkan hati dan gigih berusaha untuk memulihkan perniagaan BMPRO Holding selepas kematian bapanya. Pada masa itulah, Jun sentiasa berada di sisi Julia dan sentiasa menggalak dan mengambil berat terhadap diri Julia.

Ketika ingin memulihkan syarikat, bapa saudaranya, Syed Mustaffa ingin merampas Butik BMPRO Sdn Bhd. Julia juga menghadapi kemerosotan perniagaan BMPRO Transport dan perletakan jawatan oleh pengurus besar BMPRO Holding, Encik Hashim yang memberi tamparan besar kepada Julia.

Dengan usaha yang gigih, Syarikat BMPRO Holding Sdn Bhd akhirnya dipulihkan Julia dengan kerjasama syarikat milik keluarga Jun, Syarikat Cinta Sejati Travel and Tours untuk melancarkan projek Homestay di Felda Guar Napai. Ketika Julia dan keluarga menziarahi pusara ibu bapanya, muncullah Jun yang lengkap berpakaian baju Melayu . Jun melamar Julia dan memberitahu Julia bahawa dia sebenarnya seorang Muslim. Akhirnya, mereka telah berkahwin sempena pelancaran Homestay.

Novel Julia ini telah diangkat sebagai buku teks sastera bagi tingkatan 5.

hasil karya beliau sangat bermutu malah mendapat pengiktirafan dari pihak Dewan Bahasa, Utusan Melayu dan sebagainya..