Sastera memang satu perkara yang penuh dengan nilai....moga maklumat yang didapatkan membawa manfaat dan perkongsian yang baik
Thursday, October 14, 2010
iluminati
iluminati? apakah yang dimaksudkan dengan iluminati..... iluminati adalah pencerahan yang bertindak dan berkuasa disebalik kuasa dunia. sebenarnya saya pun masih bingung dan mencari-cari tentang iluminati ini. iluminati ini sudah diasaskan daripada zaman pencerahan atau Englightenment di Eropah lagi lebih kurang pada tahun 1776~ untuk maklumat lebih lanjut kunjungi iluminati wikipedia~ gerakan underground namun menguasai kebanyakan perkara di dunia... mereka mempunyai simbol-simbol yang tersendiri yang boleh kita lihat sebagai `subliminal message`.Hal ini telah ditonjolkan melalui lagu-lagu, filem dan sebagainya. persekitaran kita juga dikawal seperti pembinaan masjid ground zero. logikkah pembinaan masjid dibina pada suatu tempat yang telah menyebabkan orang Islam dipanggil sebagai pengganas. Perkara yang berlaku dalam dunia ini sebenarnya dikawal mereka yang semata-mata ini membentuk new world order. Saya sendiri sedang mendalami perkara ini untuk menyediakan diri dengan sebarang kemungkinan bahawa iluminati ini sudah merosakkan pemikiran minda dan agama masyarakat sekarang. saya yakin bahawa segalanya tidak mustahil pada akhir zaman yang mana manusia sudah tidak dapat membezakan mana yang benar dan batil. Ramai yang tidak menyedari perkara ini termasuklah diri saya yang merupakan student universiti. Orang selalu berfikir bahawa belajar di universiti kita dapat menimba pelbagai ilmu baru. namun bagi saya yang sebenarnya hidup di universiti telah mencetekkan lagi ilmu di dada. kenapa saya mengatakan begitu...cuba anda lihat akan pelajar di universiti...mereka lebih dibebani dengan assignment dan peperiksaan... boleh dikatakan mereka sebenarnya tidak begitu mengetahui perkara yang berlaku di luar sana. berita di televisyen ditonton hanya 1 kali seminggu itupun kalau ada...manakala segelintir yang lain pula sibuk dengan kehidupan masing-masing tanpa menghiraukan apa yang berlaku dalam dunia ini...perkara yang tidak ada kena mengena dengan mereka sudah tentu tidak dipedulikan....kalau tidak pun taksub dengan laptop yang seharian disisi, mereka akan melayasi internet, hidup dalam alam maya selama berjam-jam. contoh sekarang adalah facebook. cuba anda fikir sekali sahaja, dimanakah keuntungan dalam melayari facebook???? kita bukanlah pihak yang untung sebenarnya,....ada satu pihak yang untung kerana dapat melalaikan kita... berkemungkinan kah yang facebook itu tidak dibayar? cuba fikirkan?? sebenarnya menurut firasat saya tidak ada perkara yang percuma di dunia ini.... saya sendiri mempunyai facebook...namun perkara ini turut terlintas dalam minda saya... adakah facebook hanya semata-mata laman untuk mengenali seseorang tanpa batasan atau ada tersembunyi satu agenda oleh pihak yang ingin menjatuhkan Islam.. adakah unsur jahat telah diperelokkan namun tidak dapat dikenalpasti oleh fikiran sama ada itu perkara baik atau buruk............ sangat menakutkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment