Sastera memang satu perkara yang penuh dengan nilai....moga maklumat yang didapatkan membawa manfaat dan perkongsian yang baik
Sunday, October 24, 2010
cantek kn? bentuk dalaman masjid di TURKI gambar ini di ambil semasa kunjungan ibu bapa ku ke sana sebelum berangkat menunaikan umrah... kirenye satu pakej la...... disebabkan oleh matawang yang sangat tinggi, gambar yang diambil menjadi kenangan utama.... reka bentuk masjid di sempadan dunia Eropah.... tambahan pula sejuk dan pemandangan dari setiap sudut sangat cantek.. knpe sy kata cantek??? menurut penerangan ibu sy... tiada sebarang baju di ampaian, balkoni dan juga bangunan kelihatan sangat bersih tanpa sebarang baju bergantungan. cume sy xdapat buktinya sahaja.. yang saya dapat lihat cuma gambar diluar masjid dan bahagian dalaman masjid..
pada hari nih,, aku melepakkan diri kat library... cari jurnal sastera... lec aku suh kumpulan kami cari jurnal "pendeta" keluaran U kiteowg.... katanya kalau xmasukan jurnal tuh markah akan ditolak.. jadi kami berempat beriya2 lah mencari kat library... mula2 cari kat bahagian jurnal xjumpe... lepas g bahagian jurnal yang berjilid pun xjmpe... pastu aku dgn membe aku nih.. g la tanye kat kaunter penasihat.. g tanye kat akq tuh., " akak, ade tak jurnal pendeta keluaran Uni" akak pun respon la:" dah cari kat opac?" aku pun jwb:" da, tapi xade"
jadi akak tuh pun tolg search kn ag skali tok kteowg.. seacrh punye search.. "xder ar dik" akak rase kowg g bahagian tesis tnye bahagian tuh ade x? jd, kteowg pn g la ke bhgian tesis tuh.. abg kaunter tesis tercengang tgok ak aku pun tanyer la.. tumpang tanyer ade x jurnal pendeta keluaran u abg: emmm..da cr kat opac? aku: da, tp xde abg: kalu xder means xder la. ak pun agk tercengang ngn jwpn yg diberikan huhu... nmpknyer.... memang xder la jurnal ni atau orng kat lib xtau kewujudan jurnal ni aku pn confius ak pun jd redha la... asgnment xder jurnal berkemungkinan markah ditolak huhu
Tuesday, October 19, 2010
lagu ni best...1st pandangan aku tentang lagu ni...
mengingatkan aku tentang seorang teman yang mempunyai suami..... namun suaminya jauh dan tak selalu berada dengannya... mungkin keutuhan cinta antara mereka ada walaupun berada jauh dari sisi masing2 aku teringat tentang satu cerita... temanku lah yg bercerita tentang nih...
aku memang mempunyai gamai kawan yang sudah bernikah dan mempunyai anak cuma aku je la yg masih terkontang kanting.. huhuuhu :))) tapi aku still ok lagi.. adaptasi cerita dari mereka telah membuatkan aku ingin meneruskan novel ~buat sang suami~
ni la sajak yg aku selitkan dalam novel aku.. cinta...apakah cinta akan berkekalan jikalau hanya satu pihak yang berusaha... hubungan yg hanya terjalin seketika.. namun membibitkan cinta.. cinta yang telah mengikat kita.. pada jalan yang Diredhai Allah..
kini kau suamiku.. diriku sering teringatkan dirimu yang kejauhan.. tatkala keseorangan dihimpit nestapa diriku teringat akan gelak tawamu senyum sendamu bisakah egkau memahami? apa yang kurasakan ini..
suamiku... aku hidup bersendirian bertemankan bulan dan bintang aral yang mendatang ku tempuhi dgn penuh matang... kerna kau jauh.. mencari rezeki..
Allah telah mengutuskan egkau sebagi pembimbingku... tuntun lah aku... bawalah aku bersamamu.. tak ingin lagi aku hidup berjauhan begini.... tak ingin lagi aku bersedu sedan sendiri.....
ku harapkan cinta yg kubina tidak kecundang ditengah jalan.. kerna egkau suami... aku setia menantiii
iluminati? apakah yang dimaksudkan dengan iluminati..... iluminati adalah pencerahan yang bertindak dan berkuasa disebalik kuasa dunia. sebenarnya saya pun masih bingung dan mencari-cari tentang iluminati ini. iluminati ini sudah diasaskan daripada zaman pencerahan atau Englightenment di Eropah lagi lebih kurang pada tahun 1776~ untuk maklumat lebih lanjut kunjungi iluminati wikipedia~ gerakan underground namun menguasai kebanyakan perkara di dunia... mereka mempunyai simbol-simbol yang tersendiri yang boleh kita lihat sebagai `subliminal message`.Hal ini telah ditonjolkan melalui lagu-lagu, filem dan sebagainya. persekitaran kita juga dikawal seperti pembinaan masjid ground zero. logikkah pembinaan masjid dibina pada suatu tempat yang telah menyebabkan orang Islam dipanggil sebagai pengganas. Perkara yang berlaku dalam dunia ini sebenarnya dikawal mereka yang semata-mata ini membentuk new world order. Saya sendiri sedang mendalami perkara ini untuk menyediakan diri dengan sebarang kemungkinan bahawa iluminati ini sudah merosakkan pemikiran minda dan agama masyarakat sekarang. saya yakin bahawa segalanya tidak mustahil pada akhir zaman yang mana manusia sudah tidak dapat membezakan mana yang benar dan batil. Ramai yang tidak menyedari perkara ini termasuklah diri saya yang merupakan student universiti. Orang selalu berfikir bahawa belajar di universiti kita dapat menimba pelbagai ilmu baru. namun bagi saya yang sebenarnya hidup di universiti telah mencetekkan lagi ilmu di dada. kenapa saya mengatakan begitu...cuba anda lihat akan pelajar di universiti...mereka lebih dibebani dengan assignment dan peperiksaan... boleh dikatakan mereka sebenarnya tidak begitu mengetahui perkara yang berlaku di luar sana. berita di televisyen ditonton hanya 1 kali seminggu itupun kalau ada...manakala segelintir yang lain pula sibuk dengan kehidupan masing-masing tanpa menghiraukan apa yang berlaku dalam dunia ini...perkara yang tidak ada kena mengena dengan mereka sudah tentu tidak dipedulikan....kalau tidak pun taksub dengan laptop yang seharian disisi, mereka akan melayasi internet, hidup dalam alam maya selama berjam-jam. contoh sekarang adalah facebook. cuba anda fikir sekali sahaja, dimanakah keuntungan dalam melayari facebook???? kita bukanlah pihak yang untung sebenarnya,....ada satu pihak yang untung kerana dapat melalaikan kita... berkemungkinan kah yang facebook itu tidak dibayar? cuba fikirkan?? sebenarnya menurut firasat saya tidak ada perkara yang percuma di dunia ini.... saya sendiri mempunyai facebook...namun perkara ini turut terlintas dalam minda saya... adakah facebook hanya semata-mata laman untuk mengenali seseorang tanpa batasan atau ada tersembunyi satu agenda oleh pihak yang ingin menjatuhkan Islam.. adakah unsur jahat telah diperelokkan namun tidak dapat dikenalpasti oleh fikiran sama ada itu perkara baik atau buruk............ sangat menakutkan.
setakat ni ape yang aku tahu apabila terciptanya satu novel maka tersimpanlah sebuah kisah. berkemungkinan ia mengenai kehidupan seseorang melalui pengalaman yang diadaptasi menjadi sebuah novel. novel yang berjaya menombat hati sang pembaca adalah novel yang mempunyai genrenya yang tersendiri. oleh sebab itu kebanyakan penulis novel mempunyai `trademark` mereka sendiri. dan bagi diri aku pula, masih terkial-kial menyiapkan sebuah novel... `buat sang suami`...................