Friday, December 24, 2010

penantian dan menunggu

aku masih menunggu kepulangnya
disisiku...
mungkin ini semua dugaan yang Allah berikan ke atas diriku..
kehadiran yang tak disangka..
kehilangan tak terduga..
maka aku harus menunggu di mana pengakhirannya...
kehidupan di dunia...
cinta manusia yang hanya di dunia..
namun amat diperlukan..
mungkin hanya sementara bahagia dapat dikecapi
namun amat berharga..
penantian tidak akan berakhir begitu sahaja...
aku pasti akan menunggu hingga ke akhirnya..
untuk hidup aman bahagia jua di sana nanti..
maka aku rela dan redhakan semua..

usaha sudah ku lakukan..
mungkin tidak begitu mencukupi..
nilai yang ada diketepikan...
kemanusiaan masih ada didada ku..
masih tebal,
masih kukuh

apakah aku yang harus mengalah...
mengalah dalam perjuangan yang tidak pasti..
semuanya dalam tangan Ilahi
aku cuba mengapai apa yang terdaya.
yang jauh telah kutinggalkan
yang dekat cuba ku rapatkan
masih kekal dalam perjuangan
perjuangan menunggu MU
menunggu Mu hadir dan mewarnai semula duniaku
aku pasrah andai ini takdir..
jikalau Egkau bukan milikku..
biar aku menjadi milikMu yang pasti
tiada rasa cedera menjadi milikmu...

aku masih menunggu
menunggu pada yang tak pasti..
Ya Allah
bimbinglah daku...
dalam mengharungi kehidupan yang tidak pasti ini.......

Tuesday, November 9, 2010

punah semuanya!

apa yg harus aku lakukan.....
apabila dugaan mendatang
dalam keadaan diri tidak mempunyai sebarang kekuatan...
aku yakin ini dugaan yang Allah beri utk menguji ku...
mungkin aku perlu melepaskan engkau...
mungkin aku bukan yang terbaik....
tapi bagaimana...cintaku masih didada...
cintaku masih berdarah...
mana mungkin aku melepaskan kau
demi DIA..

dia datang dan merampas kau
ketika kau kesedihan kehilanganku
kehilangan yang hanya sementara...
tidak cukup 1hari saja aku menghilang.......!
dia sudah mampu merebut kau dariku....
dan merancang merampasmu dariku..
di mana janji mu yang mahu setia pada diriku...
aku bukan hanya kekasihmu...
aku adalah orang yang menunggu dengan penuh tulus
kehadiranmu dalam hidupku..
engkau suamiku..bukan hanya kekasihku..
malah pembimbingku...
pelindungku.....
benarkah engkau betul2 mencintaiku??
benarkah cintamu tulus, wahai suamiku?
di mana hilangnya kata janji mu...
yang ingin menyayangi ku..

aku sedar bhwa tiada cinta yang lebih tulus
dari cinta yang abadi......
cinta kepada Sang Pencipta...
cinta kepada Allah...
aku sudah lalai...
dan aku tidak mahu lalai lagi...
aku mahu bangkit dan beredar dari kemelut ini!
aku mahu pergi!
namun ke mana harus ku halakan kakiku...
mana harus aku mulakan...


aku sedar kesilapan berpunca dari diriku...
yang ego...
yang tamak...
yang berkemungkinan yakin engkau tidak akan mencari pengantiku...
kerana kau adalah suamiku!
aku tidak akan menyerah begitu shja..
DIA adalah dugaan ku..
maka akan ku hadapinya dengan tenang....
dengan sedaya mungkin!
aku sememangnya tidak punya kuasa tok kembalikn masa lalu..
tok memperbaiki semuanya...
namun aku berupaya tok merawat kesalahan ini...
aku ingin merawat luka-luka ini sepenuh hatiku....
izinkan ku..

Sunday, October 24, 2010











































































cantek kn?
bentuk dalaman masjid di TURKI
gambar ini di ambil semasa kunjungan ibu bapa ku ke sana
sebelum berangkat menunaikan umrah...
kirenye satu pakej la......
disebabkan oleh matawang yang sangat tinggi,
gambar yang diambil menjadi kenangan utama....
reka bentuk masjid di sempadan dunia Eropah....
tambahan pula sejuk dan pemandangan dari setiap
sudut sangat cantek..
knpe sy kata cantek???
menurut penerangan ibu sy...
tiada sebarang baju di ampaian, balkoni dan juga bangunan
kelihatan sangat bersih tanpa sebarang baju bergantungan.
cume sy xdapat buktinya sahaja..
yang saya dapat lihat
cuma gambar diluar masjid dan bahagian dalaman masjid..

Saturday, October 23, 2010

hubungan

-Masa mula-mula berkenalan-

Asik bertanyekan diri masing-masing

Hp xlari dari tangan

Sentiasa berkepit dgn hp tuh

Time nk mula2 kenal ati budi

Mula buka sejarah dulu2 sebelum mengenal dia..

Salah cikit cakap cepat2 dpujuk @memujuk!

-Ble da tiga bulan kenal-

Da mula bercakap dgn lebih serius

Da mula taruh hati

Mula terbit rasa ati untuk lebih jauh..

Mula mengucap kata `syg`

Da rse `rindu` ble xmsge….

Marah ble xdhiraukan

Last msti dating bawah pohon

Alasannye, rindu…………..

-Ble da setahun kenal-

Memg cnferm da couple punyer

Da rancang tok kawin…

(kdg2 ade gak yang smpi cni da putus coz tahap kebosanan ngn owg yg sme)

Mcm2 da diceritakan mse mula2 knal

Jd,masih msge cme xligat mcm mula2

-Masuk satu tahun setengah-

Mula pecah tembelang

Baran xtntu pasal

Salah ckit da kne mara dgn teruk

Mgajuk smpi 1mggu xcntct masing-masing

Mula control diri masing2, pegi mane smwe kne lapor

Kononnye da lagak mcm suami isteri

Sgale keburukan mulalah terbongkar

-Masuk 2 tahun-

Makin jarang cntct n msge

Kdg2 jewww

Alasan da knal 2tahun(;lme tuh)

Kdg2 smpi 5-1mggu xcntct coz ade komitmen lain..

Katenye bz rupenye main mate ngn awek/pakwe lain

(sbb nti da ade komitmen gler xleh wat gitu agy)

-Masuk tahun ke-3-

Da prepare tok kwin

Smwe jd ok blik, caring blik,loving…semwa2 yang `ing` lah

Coz dy nk pujuk kte setuju kawin….

-Lepas 2bulan kawin-

Romantik lagi

Masih jalan bersama-tentunye mase 9bulan prgnt-

-Lepas da ad 2org anak-

Laki jalan depan

Isteri jalan blakang

Sowg pegang 1anak..

Lme kelamaan jd ape ek…….?????

Huhuhuhu..ntahla….

Em…ini mengikut pe depan mte sy…

Bukan smwe gini….

Wednesday, October 20, 2010

jurnal oh jurnal

jurnal Pendeta

pada hari nih,, aku melepakkan diri kat library...
cari jurnal sastera...
lec aku suh kumpulan kami cari jurnal "pendeta"
keluaran U kiteowg....
katanya kalau xmasukan jurnal tuh
markah akan ditolak..
jadi kami berempat beriya2 lah mencari
kat library...
mula2 cari kat bahagian jurnal
xjumpe...
lepas g bahagian jurnal yang berjilid
pun xjmpe...
pastu aku dgn membe aku nih..
g la tanye kat kaunter penasihat..
g tanye kat akq tuh.,
" akak, ade tak jurnal pendeta keluaran Uni"
akak pun respon la:" dah cari kat opac?"
aku pun jwb:" da, tapi xade"

jadi akak tuh pun tolg search kn ag skali tok kteowg..
seacrh punye search..
"xder ar dik"
akak rase kowg g bahagian tesis
tnye bahagian tuh ade x?
jd, kteowg pn g la ke bhgian tesis tuh..
abg kaunter tesis tercengang tgok ak
aku pun tanyer la..
tumpang tanyer ade x jurnal pendeta
keluaran u
abg: emmm..da cr kat opac?
aku: da, tp xde
abg: kalu xder means xder la.
ak pun agk tercengang ngn jwpn yg diberikan
huhu...
nmpknyer....
memang xder la jurnal ni
atau orng kat lib xtau kewujudan jurnal ni
aku pn confius
ak pun jd redha la...
asgnment xder jurnal berkemungkinan
markah ditolak
huhu

Tuesday, October 19, 2010




lagu ni best...1st pandangan aku tentang lagu ni...
mengingatkan aku tentang seorang teman yang mempunyai suami.....
namun suaminya jauh dan tak selalu berada dengannya...
mungkin keutuhan cinta antara mereka ada
walaupun berada jauh dari sisi masing2
aku teringat tentang satu cerita...
temanku lah yg bercerita tentang nih...
aku memang mempunyai gamai kawan yang sudah bernikah dan mempunyai anak
cuma aku je la yg masih terkontang kanting..
huhuuhu :)))
tapi aku still ok lagi..
adaptasi cerita dari mereka telah membuatkan aku ingin meneruskan novel
~buat sang suami~

ni la sajak yg aku selitkan dalam novel aku..
cinta...apakah cinta akan berkekalan
jikalau hanya satu pihak yang berusaha...
hubungan yg hanya terjalin seketika..
namun membibitkan cinta..
cinta yang telah mengikat kita..
pada jalan yang Diredhai Allah..

kini kau suamiku..
diriku sering teringatkan dirimu
yang kejauhan..
tatkala keseorangan dihimpit nestapa
diriku teringat akan gelak tawamu
senyum sendamu
bisakah egkau memahami?
apa yang kurasakan ini..

suamiku...
aku hidup bersendirian bertemankan
bulan dan bintang
aral yang mendatang
ku tempuhi dgn penuh matang...
kerna kau jauh..
mencari rezeki..

Allah telah mengutuskan egkau sebagi pembimbingku...
tuntun lah aku... bawalah aku bersamamu..
tak ingin lagi aku hidup berjauhan begini....
tak ingin lagi aku bersedu sedan sendiri.....

ku harapkan cinta yg kubina tidak
kecundang ditengah jalan..
kerna egkau suami...
aku setia menantiii


Thursday, October 14, 2010

iluminati

iluminati? apakah yang dimaksudkan dengan iluminati..... iluminati adalah pencerahan yang bertindak dan berkuasa disebalik kuasa dunia. sebenarnya saya pun masih bingung dan mencari-cari tentang iluminati ini. iluminati ini sudah diasaskan daripada zaman pencerahan atau Englightenment di Eropah lagi lebih kurang pada tahun 1776~ untuk maklumat lebih lanjut kunjungi iluminati wikipedia~ gerakan underground namun menguasai kebanyakan perkara di dunia... mereka mempunyai simbol-simbol yang tersendiri yang boleh kita lihat sebagai `subliminal message`.Hal ini telah ditonjolkan melalui lagu-lagu, filem dan sebagainya. persekitaran kita juga dikawal seperti pembinaan masjid ground zero. logikkah pembinaan masjid dibina pada suatu tempat yang telah menyebabkan orang Islam dipanggil sebagai pengganas. Perkara yang berlaku dalam dunia ini sebenarnya dikawal mereka yang semata-mata ini membentuk new world order. Saya sendiri sedang mendalami perkara ini untuk menyediakan diri dengan sebarang kemungkinan bahawa iluminati ini sudah merosakkan pemikiran minda dan agama masyarakat sekarang. saya yakin bahawa segalanya tidak mustahil pada akhir zaman yang mana manusia sudah tidak dapat membezakan mana yang benar dan batil. Ramai yang tidak menyedari perkara ini termasuklah diri saya yang merupakan student universiti. Orang selalu berfikir bahawa belajar di universiti kita dapat menimba pelbagai ilmu baru. namun bagi saya yang sebenarnya hidup di universiti telah mencetekkan lagi ilmu di dada. kenapa saya mengatakan begitu...cuba anda lihat akan pelajar di universiti...mereka lebih dibebani dengan assignment dan peperiksaan... boleh dikatakan mereka sebenarnya tidak begitu mengetahui perkara yang berlaku di luar sana. berita di televisyen ditonton hanya 1 kali seminggu itupun kalau ada...manakala segelintir yang lain pula sibuk dengan kehidupan masing-masing tanpa menghiraukan apa yang berlaku dalam dunia ini...perkara yang tidak ada kena mengena dengan mereka sudah tentu tidak dipedulikan....kalau tidak pun taksub dengan laptop yang seharian disisi, mereka akan melayasi internet, hidup dalam alam maya selama berjam-jam. contoh sekarang adalah facebook. cuba anda fikir sekali sahaja, dimanakah keuntungan dalam melayari facebook???? kita bukanlah pihak yang untung sebenarnya,....ada satu pihak yang untung kerana dapat melalaikan kita... berkemungkinan kah yang facebook itu tidak dibayar? cuba fikirkan?? sebenarnya menurut firasat saya tidak ada perkara yang percuma di dunia ini.... saya sendiri mempunyai facebook...namun perkara ini turut terlintas dalam minda saya... adakah facebook hanya semata-mata laman untuk mengenali seseorang tanpa batasan atau ada tersembunyi satu agenda oleh pihak yang ingin menjatuhkan Islam.. adakah unsur jahat telah diperelokkan namun tidak dapat dikenalpasti oleh fikiran sama ada itu perkara baik atau buruk............ sangat menakutkan.

Saturday, October 2, 2010

novel

setakat ni ape yang aku tahu apabila terciptanya satu novel maka tersimpanlah sebuah kisah. berkemungkinan ia mengenai kehidupan seseorang melalui pengalaman yang diadaptasi menjadi sebuah novel. novel yang berjaya menombat hati sang pembaca adalah novel yang mempunyai genrenya yang tersendiri. oleh sebab itu kebanyakan penulis novel mempunyai `trademark` mereka sendiri. dan bagi diri aku pula, masih terkial-kial menyiapkan sebuah novel... `buat sang suami`...................

Friday, January 22, 2010

22 jan 2010

hari nih aku ngn membe2 pegi ke ukm..bertolak dari pukul 6.50 pagi dengan train dari tanjung malim.huhu. tapi kami berempat agak terlambat.dalam 6.49pg bru smpi di terminal ktm t.malim padahal nk nek train pukul 6.50...jd,berkejaran la kami berempat nek train. smpi kat ukm dalam pukul 9