hari ini kita akan melihat sedikit biodata mengenai tokoh penulis Perak
Biodata Malim Ghozali Pk
Malim Ghozali Pk atau nama sebenarnya adalah Haji Mohamed Ghazali
bin Haji Abdul Rashid merupakan seorang pengarang karya-karya kreatif yang
berasal dari Perak. Beliau lahir di Malim Nawar pada tahun 1949. Beliau mula
mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Gunung Panjang sebelum menyambung
pelajaran di Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. Selepas mendapat Sarjana Muda Sastera (Antropologi
Sosial/Pengajian Melayu) (Kepujian Kelas II Atas), dari Universiti Malaya, beliau
memasuki pula Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik selama 21 tahun.
Beliau telah bersara awal ketika berumur 45 tahun pada 1994 untuk
memberi tumpuan pada penulisan dan penyelidikan. Beliau memiliki diploma ijazah
lanjutan dalam pentadbiran pelabuhan dan perkapalan dari Universiti of Wales
Institute of science and Technology (UWIST). Pada Pada 1989 mengikuti program Felo
Penulisan Kreatif di Virginia Centre for Creative Artists, Amherst, Amerika
Syarikat.
Beliau pernah memegang jawatan
sebagai Penolong Pegawai Daerah, Slim River, Perak, Setiausaha Lembaga Kapal,
Kementerian Pengangkutan. Selain itu, Pengarah Imigresen, Wilayah Selatan. Pengarah
Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri Perak,
Pengarah Latihan, Jabatan Tenaga Rakyat dan juga ketua Unit Antarabangsa Kementerian
Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Pada bulan Ogos hingga November 2007, beliau menghadiri program Felo di
Program Penulisan Antarabangsa Iowa, Amerika Syarikat. Manakala pada bulan
Julai hingga Ogos 2008 beliau dilantik sebagai Fasilitator Program (cerpen)
untuk MASTERA (Jawatankuasa Sastera Asia Tenggara) di Arga Mulya, Bogor,
Indonesia. Beliau sering
terbabit dalam genre puisi, cerpen, novel dan karya bukan fiksyen.